Artikel juga boleh didapati dalam:
English
中文
Kepada rakan kongsi kami yang dihargai,
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan dan kerjasama anda dengan Mudah Auto. Sokongan anda amat penting dalam misi kami untuk menghubungkan penjual dan pembeli kereta di seluruh Malaysia.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa kemaskini penting dengan anda.
Kemaskini #1: Pelaburan dalam Teknologi dan Penambahbaikan Produk
Kami telah menaik taraf platform kami di bahagian latar serta melabur dalam seni bina berasaskan cloud. Peningkatan ini telah meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan platform kami. Selain itu, kami juga memperkenalkan teknologi canggih seperti AI untuk pengalaman pengguna dan penjualan yang lebih baik.
Antara pelaburan ini termasuk:
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan, kami juga ingin memperkenalkan iklan dengan video untuk mempamerkan iklan-iklan anda supaya ia boleh menarik lebih ramai pembeli. Untuk pengguna akaun Plus dan Premium kami, ciri iklan dengan video ini boleh didapati dalam Standard Ad anda.
Kemaskini #2: Penstrukturan Semula Harga
Selama 6 tahun yang lalu, kami telah mengekalkan harga kami dan terus melabur dalam teknologi baharu walaupun menghadapi peningkatan kos yang mendadak untuk memastikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
Untuk menyokong pelaburan berterusan kami dalam platform, kami perlu melakukan penstrukturan semula harga. Struktur harga baharu ini akan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2024.
Terima kasih kerana memahami dan kami amat hargai sokongan anda sepanjang melalui proses perubahan ini bersama.
Untuk sebarang keraguan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di +603-27123225 atau autohelpdesk@mudah.my
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda.
Dengan hormat,
Mudah Auto Team