Artikel juga boleh didapati dalam:
English
中文
Memperkenalkan Iklan Video di Mudah.my
Kami teruja untuk mengumumkan pelancaran ciri baharu Iklan Video untuk penjual motosikal PRO Niaga! Ciri menarik baharu ini membolehkan anda menyerlahkan iklan anda dengan video yang menarik, memberikan pembeli berpotensi pengalaman yang lebih dinamik dan mengasyikkan.
Apakah Iklan Video?
Iklan Video ialah jenis iklan yang dipertingkatkan, membolehkan anda menambah kandungan video bersama imej dan teks dalam iklan Mudah.my anda. Ia dipaparkan kepada pengguna sebagai sebahagian daripada penyenaraian iklan biasa kami, tetapi dengan penunjuk khas untuk menandakan kewujudan kandungan video. Apabila pengguna melihat iklan dengan penunjuk ini, mereka boleh menonton video terus dalam iklan tersebut.
Ciri ini membolehkan anda memaparkan motosikal anda dalam bentuk video, menonjolkan ciri-ciri yang tidak dapat ditangkap oleh imej statik.
Kenapa Gunakan Iklan Video?
Tarik Perhatian dengan Kandungan Dinamik
Video dapat menarik lebih perhatian berbanding imej statik. Ia dapat membantu iklan anda lebih menyerlah dalam hasil carian dan halaman kategori.
Pamerkan Aksi Motosikal Anda
Tunjukkan bagaimana motosikal anda bergerak, berbunyi, dan beraksi dalam keadaan sebenar, memberikan pembeli potensi gambaran yang lebih jelas.
Bina Kepercayaan Melalui Ketelusan
Video membolehkan anda menunjukkan motosikal dari pelbagai sudut, membantu pembeli membuat keputusan dengan lebih yakin.
Tingkatkan Minat dan Interaksi Pembeli
Iklan dengan kandungan video biasanya menerima kadar interaksi yang lebih tinggi, berpotensi membawa kepada lebih banyak pertanyaan dan jualan yang lebih pantas.
Akses Untuk Iklan Video
- Untuk Penjual Terpilih: Iklan Video boleh didapati untuk penjual motosikal PRO Niaga di Mudah.my tanpa sebarang kos tambahan
- Untuk Semua Iklan: Anda boleh muat naik video kepada iklan baharu dan iklan sedia ada anda
- Iklan Sedia Ada: Edit iklan sedia ada anda untuk memuat naik video
Bagaimakah Cara Untuk Mereka Iklan Video?
Untuk Iklan Baharu:
- Login akaun PRO Niaga Mudah.my anda
- Tekan "Insert Ad" untuk reka iklan anda
- Cari "Upload Video" di ruangan rekaan iklan
- Tekan widget muat naik untuk memilih dan memuat naik video anda
- Lengkapkan semua maklumat iklan anda seperti biasa
- Hantar iklan anda untuk diluluskan
Untuk Iklan Sedia Ada:
- Login akaun PRO Niaga Mudah.my anda
- Pergi ke bahagian "My Ads"
- Cari iklan yang anda ingin edit, dan tekan "Edit"
- Cari "Upload Video"
- Muat naik video anda
- Simpan perubahan yang dibuat dan hantar iklan anda untuk diluluskan
Apakah Spesifikasi Iklan Video?
Untuk memastikan prestasi dan pengalaman tontonan yang optimum, Iklan Video anda mesti mengikuti spesifikasi ini:
- Tempoh masa: 3 hingga 60 saat
- Saiz maks fail: 200MB
- Format yang disokong: MP4, MOV, AVI, 3GP, WEBM, MPG
- Resolusi Minimum: 720p (1280×720)
Berapa banyak video yang boleh saya muat naik untuk setiap iklan?
Anda hanya boleh memuat naik satu (1) video bagi setiap iklan. Pilih video terbaik yang mempamerkan ciri utama motosikal anda.
Adakah terdapat kos tambahan untuk menambah video untuk iklan saya?
Tidak, ciri Iklan Video boleh didapati untuk penjual motosikal PRO Niaga tanpa sebarang kos tambahan.
Bolehkah saya memuat naik iklan tanpa video?
Ya, penggunaan video dalam iklan adalah pilihan anda. Anda boleh memuat naik iklan standard tanpa video dan tambahkannya kemudian jika anda mahu.
Bolehkah saya tukar atau buang video selepas ia telah diterbitkan?
Ya, anda boleh edit iklan anda pada bila-bila masa sahaja untuk tukar atau buang video tersebut.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk Iklan Video diluluskan?
Semua iklan dengan video menjalani proses semakan standard untuk memastikan ia mengikuti garis panduan kami. Ini biasanya mengambil tempoh masa yang sama seperti kelulusan iklan biasa.
Adakah penambahan video akan mempengaruhi cara iklan saya muncul dalam hasil carian?
Iklan dengan video akan memaparkan penunjuk video yang khas, menjadikannya lebih ketara kepada bakal pembeli yang sedang mencari motosikal.
Tips Terbaik Untuk Mencipta Iklan Video Yang Berkesan
Singkat dan Menarik
Fokus kepada ciri-ciri motosikal yang paling penting dalam masa 10-15 saat yang pertama untuk menarik perhatian penonton.
Pastikan Pencahayaan yang Baik dan Pandangan Yang Jelas
Rakam video anda dalam persekitaran yang terang untuk memastikan semua butiran motosikal anda dapat dilihat dengan jelas.
Pelbagai Sudut
Sertakan rakaman video daripada sudut yang berbeza untuk memberikan pandangan menyeluruh motosikal anda.
Tunjukkan Ciri-Ciri Utama
Jika boleh, tunjukkan motosikal sedang beraksi untuk menonjolkan ciri khas yang membezakannya daripada yang lain.
Kekalkan Rakaman Stabil
Gunakan tripod atau ciri penstabilan semasa merakam untuk mengelakkan rakaman yang goyah.
Sertakan Audio Jika Berkaitan
Kurangkan bunyi latar belakang untuk mengelakkan gangguan, dan serlahkan bunyi enjin motosikal yang boleh menjadi faktor penting jualan.