SafeDeal ialah fungsi pembayaran terjamin atas talian yang baharu diperkenalkan oleh Mudah.my dengan tujuan untuk memberikan pengalaman jual-beli yang selamat. (Dikuasakan oleh Trustap & Stripe)
SafeDeal melindungi kedua-dua pembeli dan penjual, dengan Mudah.my bertindak sebagai penerima bayaran dari pembeli dan menyimpan jumlah tersebut sehingga transaksi tersebut selesai dengan selamat. SafeDeal membantu melindungi bayaran serta transaksi anda.
Apakah Trustap?
Trustap ialah rakan kongsi platform pembayaran Mudah.my yang melindungi anda apabila membeli atau menjual secara atas talian. Trustap merupakan platform transaksi digital pakar dari Eropah yang pakar di dalam bidang pembayaran atas talian yang terjamin.
Mengapa saya perlu gunakan SafeDeal dan apa yang ia lindungi?
SafeDeal merupakan fungsi hebat yang melindungi kedua-dua pembeli dan penjual. Ia memberikan kedua-dua pihak pengalaman jual-beli yang selamat. Melalui SafeDeal, bayaran akan dipegang dan dilindungi oleh Mudah.my sehingga transaksi lengkap dan pembeli menerima barang seperti yang diiklankan.
Apa yang SafeDeal lindungi:
- Barang tidak diterima
- Barang diterima tetapi tidak seperti yang diiklankan
Sejurus selepas penjual memaklumkan kepada pembeli bahawa barang telah dihantar (melalui penghantaran atau jumpa secara bersemuka), pembeli perlu menyemak barang tersebut. Sekiranya ia tidak seperti diiklankan, pembeli hanya perlu suarakan pertikaian dan khidmat pelanggan kami akan membantu kedua-dua pihak. Kami sarankan pembeli dan penjual untuk berkomunikasi menggunakan fungsi chat platform Mudah untuk menyelesaikan isu ini atau khidmat pelanggan kami akan menguruskan kes tersebut.
Bagaimana cara untuk beli barang dengan SafeDeal?
Yay! Anda dah jumpa apa yang anda sedang cari dan ingin berurusniaga secara selamat dengan Mudah.my.
Kesemua iklan SafeDeal ada tag/label pada gambar.
Mula chat dengan penjual untuk pastikan harga barang dan tentukan bagaimana anda mahu lengkapkan transaksi, kemudian anda boleh klik butang “Buy Now” pada chat tersebut, di mana anda boleh lihat harga dan teruskan dengan bayaran.
Anda akan dihantar ke laman web bayaran untuk anda bayar menggunakan mana-mana kaedah bayaran yang anda suka (kad debit/kredit atau perbankan atas talian FPX). Setelah bayaran selesai, penjual akan dimaklumkan. Kemudian anda boleh lanjutkan chat dengan penjual sehingga anda terima barang mengikut kaedah pilihan anda (secara bersemuka atau penghantaran).