Apakah kelebihan kepada pembeli yang melakukan transaksi melalui SafeDeal?
Bayaran saya tidak berjaya, apa patut saya lakukan?
Sebagai pembeli, anda akan di hantar ke laman web bayaran Trustap di mana anda boleh membeli barang yang anda inginkan menggunakan kad debit/kredit atau Bayaran Atas Talian FPX. Sekiranya cara bayaran anda sah dan anda telah masukkan maklumat yang tepat, bayaran anda akan lulus.
Sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, mesej ralat akan dipaparkan pada halaman yang sama di mana anda boleh cuba lagi. Pada masa tertentu, anda mungkin akan di hantar ke halaman daftar keluar Mudah.my untuk memulakan proses bayaran sekali lagi. Sekiranya masalah yang sama masih berlaku, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami yang gembira untuk membantu.
Bagaimana caranya untuk akses transaksi SafeDeal saya?
Pada aplikasi Android atau iOS, anda boleh akses transaksi SafeDeal dengan memilih tab SafeDeal pada laman utama.
Pada laman web telefon bimbit (contohnya Google Chrome atau Safari), anda boleh klik pada menu hamburger di bahagian atas kiri skrin. Menu akan muncul. Klik pada “SafeDeal Transactions” di bawah “My Ads”.
Pada laman web desktop, apabila anda klik pada imej profil, anda boleh lihat “SafeDeal Transactions” di bawah “My Ads”.
Adakah sebarang caj atau fi dikenakan untuk menggunakan SafeDeal?
Untuk menjadikan Mudah.my lebih dipercayai dan lebih mudah, kami perkenalkan SafeDeal.
Untuk masa terhad, Mudah.my mengenakan caj promosi sebanyak 4% sahaja apabila anda melakukan transaksi melalui SafeDeal!.
Contohnya:
- Anda (pembeli) ingin membeli aksesori telefon bimbit dan anda setuju dengan harga akhir RM4
- Caj SafeDeal ialah RM1.60
- Jumlah yang perlu anda bayar ialah RM41.60
Adakah harga barangan boleh dirunding?
Kami sarankan pembeli berunding dengan penjual dan capai persetujuan sebelum melakukan pembayaran.
Sekiranya pembeli membayar jumlah berbeza dari apa yang dipersetujui dengan penjual, penjual boleh menolak tawaran tersebut. Sekiranya begini, kami akan pulangkan jumlah bayaran tersebut kepada pembeli (caj SafeDeal tidak akan dipulangkan).
Pembelian saya dibatalkan, bagaimana cara untuk saya dapatkan balik wang saya? Berapa lama diperlukan untuk saya dapatkan kembali bayaran?
Sekiranya penjual menolak bayaran atau pembelian anda dibatalkan, pihak khidmat pelanggan akan mulakan proses bayaran balik.
Bayaran akan dipulangkan kembali melalui kaedah yang sama, ia akan mengambil masa 3 - 5 hari bekerja untuk kembali ke akaun, bergantung kepada bank anda.
Saya telah buat pembelian tetapi penjual tidak memberikan maklum balas. Apa seterusnya?
Oops! Anda sudah buat bayaran dan sedang menunggu pengesahan dari penjual? Jangan risau, bayaran anda selamat dengan kami!
Kami akan hubungi penjual untuk semak status transaksi, sekiranya penjual membuat keputusan untuk tidak melengkapkan transaksi, kami akan pulangkan wang anda.
Barang yang saya terima tidak sama dengan apa yang diiklankan. Apa yang perlu saya lakukan seterusnya?
Kami sentiasa sarankan anda chat dengan penjual untuk selesaikan isu tersebut. Sekiranya isu tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik, anda boleh melakukan pertikaian dalam masa 24 jam selepas penjual menandakan barang tersebut sebagai telah dihantar, khidmat pelanggan kami akan bantu anda.
Anda boleh lakukan pertikaian dengan memilih “Khidmat Pelanggan” di halaman “SafeDeal transactions”.
FAQ E-Invois SafeDeal
Jika saya berurus niaga menggunakan SafeDeal, bolehkah saya meminta e-Invois?
Ya, e-Invois boleh diminta untuk transaksi anda. Harap maklum bahawa untuk semua transaksi SafeDeal, Mudah.my mengenakan caj SafeDeal yang rendah. Oleh itu, anda akan menerima e-Invois daripada Mudah.my dan bukan daripada penjual.
Bagaimanakah cara memohon e-Invois untuk transaksi SafeDeal?
Untuk mendapatkan e-Invois untuk transaksi SafeDeal anda, anda boleh menghantar permintaan di halaman transaksi SafeDeal melalui link "Submit request". Anda hanya boleh memohon e-Invois selepas transaksi anda selesai dan tujuh hari selepas item tersebut telah dihantar.
Sekiranya e-Invois saya mengandungi maklumat yang salah, apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan.
Apakah tarikh akhir untuk memohon e-Invois bagi transaksi SafeDeal saya?
Tarikh akhir untuk permintaan e-Invois adalah pada hari terakhir bulan apabila transaksi anda diselesaikan dan selepas tempoh pertikaian selama 7 hari.
Saya telah membatalkan transaksi SafeDeal saya selepas meminta e-Invois, apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan.
Saya mempunyai soalan lain mengenai e-Invois, kepada siapa saya boleh bertanya?
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Invois, sila rujuk kepada FAQ e-Invois kami atau hubungi Khidmat Pelanggan kami.
Tak perlu tunggu. Jom layari sekarang!