Kepada pengguna yang dihormati, harap maklum bahawa SafeDeal akan ditamatkan daripada platform kami secara berperingkat bernula 11 September 2025.
Bagi penjual, anda tidak boleh lagi memuat naik iklan SafeDeal bermula 11 September 2025. Sebarang iklan SafeDeal sedia ada akan diteruskan sehingga ia tamat tempoh secara automatik. Jika anda memilih untuk memperbaharui iklan anda, iklan tersebut akan diperbaharui seperti iklan biasa dan bukan iklan SafeDeal.
Bagi pembeli, penggunaan SafeDeal akan dihentikan bermula 11 Disember 2025, dan anda tidak boleh membeli item melalui SafeDeal di platform kami.
Semasa tempoh peralihan ini, sebarang transaksi yang dibuat melalui SafeDeal masih akan diterima dan wang dalam SafeDeal akan dibayar kepada pihak yang sepatutnya seperti biasa.
Terima kasih kerana menyokong SafeDeal dan kami berharap dapat terus berkongsi ciri-ciri baharu dengan anda.
Bagaimana caranya untuk saya iklankan barang dengan SafeDeal?
Buat masa sekarang, anda hanya boleh menggunakan SafeDeal apabila anda memasukkan iklan baharu. Fungsi baharu ini, buat masa sekarang boleh digunakan oleh pengguna persendirian untuk kategori elektronik sahaja. Oleh itu, hanya penjual tertentu yang ingin menjual telefon bimbit, gajet, komputer, dan aksesori-aksesori boleh menggunakan fungsi SafeDeal.
Adakah penggunaan SafeDeal percuma untuk saya?
Ya, Penjual boleh mengiklankan barangan secara percuma. Pembeli akan dikenakan caj tambahan 4% dari harga yang dipersetujui.
Apakah kelebihan kepada penjual yang melakukan transaksi melalui SafeDeal?
Jumpa Bersemuka? Penghantaran? Anda Tentukan.
Pilih cara penghantaran yang paling sesuai untuk anda. Dengan SafeDeal, anda boleh berurusan dengan pembeli di mana-mana di dalam Malaysia. Pastikan bayaran anda dahulu sebelum hantar barangan. Nota: Kos penghantaran tidak dilindungi oleh fungsi SafeDeal, ini adalah kos tambahan yang anda persetujui dengan pembeli untuk disekalikan dengan harga barang.
Bagaimana cara untuk jual dengan SafeDeal?
Buat masa sekarang, SafeDeal boleh digunakan oleh pengguna persendirian untuk kategori telefon bimbit, gajet, komputer, dan aksesori berkaitan.
Fungsi SafeDeal boleh diaktifkan secara percuma semasa anda melakukan proses muat naik iklan:
Setelah diaktifkan, iklan anda akan melalui proses tapis seperti biasa, apabila diluluskan, ia akan muncul pada platform dengan tag baharu SafeDeal.
Apa yang akan berlaku sekiranya pembeli membayar harga yang tidak dipersetujui dengan anda (sebagai penjual)?
Sekiranya pembeli membayar jumlah berbeza dari apa yang dipersetujui dengan penjual, anda boleh menolak tawaran tersebut. Sekiranya begini, kami akan pulangkan jumlah bayaran tersebut kepada pembeli (caj SafeDeal tidak akan dipulangkan).
Jangan lupa untuk ambil kira kos penghantaran ke dalam harga akhir jualan.
Dimana boleh saya kemas kini butiran akaun bank saya untuk menerima jumlah tersebut?
Sebaik sahaja anda (penjual) menandakan barang tersebut telah dihantar sewaktu transaksi pertama SafeDeal, mesej meminta maklumat akaun bank anda akan dipaparkan melalui rakan kongsi kami, Trustap.
Selepas anda klik pada mesej tersebut dan sekiranya ini merupakan kali pertama anda menjual menggunakan SafeDeal, anda akan dihantar ke laman web rasmi rakan kongsi transaksi kami, (Trustap) meminta anda untuk mendaftar akaun dan memberikan maklumat akaun bank anda. Ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan langkah ini tidak perlu diulangi untuk kesemua transaksi anda di masa akan datang. Wang tersebut akan anda terima selepas 24-jam tempoh penangguhan. Jumlah tersebut akan masuk ke akaun anda dalam tempoh 2 ke 5 hari bergantung pada bank anda.
Ambil langkah pertama dan mula muat naik iklan SafeDeal hari ini.