Artikel ini juga boleh didapati dalam:
Kepada Rakan Kongsi Kami Yang Dihargai,
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan anda terhadap Mudah Auto. Sokongan anda amat penting dalam misi kami untuk menghubungkan penjual dan pembeli motosikal di seluruh Malaysia.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat penting bersama anda.
Selama lebih sedekad, kami telah mengekalkan harga kami tanpa sebarang perubahan walaupun sentiasa melalui proses inovasi dan meningkatkan nilai serta pengalaman platform kami.
Bagi memastikan kelangsungan dan kualiti yang konsisten memenuhi jangkaan anda, kami mendapati adalah penting untuk melakukan penstrukturan semula harga kami. Struktur harga baharu ini akan berkuat kuasa pada 4 Februari 2025.
Dengan struktur harga baharu ini, kami ingin memastikan anda terus mendapat manfaat optimum daripada produk-produk yang kami sediakan — seperti ciri Bump kami.
Bump menyerlahkan iklan anda, sekaligus membantu anda capai lebih ramai pembeli berpotensi.
CAPAI LEBIH RAMAI PEMBELI DENGAN BUMP
Bump telah memberikan kesan positif kepada penjual kategori kereta kami, membantu mereka mendapatkan sehingga 80% lebih pembeli serius dan 132% lebih pendedahan iklan secara purata. Jika anda belum cuba lagi, inilah peluang terbaik untuk meneroka Bump bagi meningkatkan jualan anda.
Terima kasih kerana memahami dan menyokong kami sepanjang proses perubahan ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di +603-27123225 atau Khidmat Pelanggan.