Beberapa Tips untuk Membantu Anda Menjual dengan Lebih Berkesan dan Berpotensi kepada Lebih Ramai Pembeli
1. Ambil Gambar Barang yang Cantik
Gambar yang cantik memang penting! Ambillah gambar barang anda dengan latar belakang putih supaya barangan tersebut lebih menonjol. Gambar yang ringkas, bersih dan kemas biasanya lebih menarik perhatian pembeli!
2. Namakan Barang Anda dengan Baik dan Letakkan di Kategori yang Betul
Pembeli sentiasa mencari barang untuk dibeli dan juga untuk mendapatkan inspirasi semasa mereka melayari laman. Pastikan barang anda muncul dalam carian dengan memberikan tajuk yang baik – nyatakan jenama, penerangan ringkas, dan keadaan barang tersebut. Elakkan menggunakan tajuk umum seperti “dress” atau “baju hitam” sahaja. Mungkin mengambil masa lebih lama untuk menamakan sesuatu iklan, tetapi anda akan dapat menjualnya dengan lebih cepat.
3. Tetapkan Harga yang Realistik
Terdapat banyak tawaran hebat di Mudah.my, jadi jangan tetapkan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Lakukan semakan ringkas dengan mencari barangan serupa di Mudah dan lihat bagaimana orang lain menetapkan harga.
4. Kongsi Iklan Anda
Kongsikan iklan dan kemas kini anda di Facebook dan Twitter! Rakan-rakan anda merupakan kumpulan yang paling berpotensi untuk menyokong anda – sama ada dengan mengikuti akaun anda atau membeli barang daripada anda. Mereka sudah tentu lebih mempercayai anda, dan mungkin ini juga peluang untuk berjumpa secara langsung! :)
5. Dapatkan Barangan Anda Disenaraikan di Bahagian Pilihan
Pasukan Kurasi kami sentiasa meneliti iklan di platform untuk menyerlahkan penjual-penjual hebat setiap minggu. Jika iklan anda sesuai dengan koleksi bertema minggu tersebut, anda mungkin akan dipilih untuk dipaparkan!
Bagaimana Saya Boleh Menghantar Barang kepada Pembeli?
Mudah.my merupakan platform untuk mempertemukan pembeli dan penjual melalui urusan jual beli. Kami memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membuat persetujuan bersama mengenai kaedah penghantaran yang paling sesuai.
Oleh itu, kaedah penghantaran akan ditentukan oleh persetujuan antara pembeli dan penjual sendiri. Berikut ialah beberapa cadangan kaedah penghantaran:
-
Berjumpa secara terus (Meet-up)
-
Pos berdaftar
-
Pos biasa