Mudah.my merupakan komuniti terbuka dimana ahli-ahli mendapat peluang untuk melaksanakan kaedah transaksi pilihan masing-masing.
Kami memandang berat keselamatan komuniti ini dan membuat yang terbaik bagi memastikan tapak pasaran yang selesa untuk semua. Namun demikian, seperti mana-mana tapak pasaran atas talian, mungkin akan timbul keadaan-keadaan yang tidak diduga.
Sila rujuk kepada tip-tip di bawah bagi memastikan anda menikmati pengalaman terbaik di Mudah.my
SECARA AMNYA
- Jangan membuat sebarang bayaran pendahuluan kepada penjual yang anda tidak kenal.
- Walaupun penjual memberikan maklumat peribadi mereka seperti nombor akaun bank, ia tidak bermakna anda tidak akan ditipu.
- Adalah lebih baik jika anda meminta resit asal dan resit bertulis bagi pembelian tersebut
- Jangan menghantar barangan selagi urusan pembayaran belum dipersetujui
AMBIL LANGKAH BERWASPADA SEKIRANYA..
- Tawaran yang diberikan sangat mustahil dan agak melampau.
- Pihak berkenaan asyik menggesa anda agar menyegerakan urusan.
- Seseorang meminta akaun bank atau nombor kad kredit anda.
- Pihak berkenaan mengatakan dirinya berada di luar negara atau bekerja offshore.
- Membayar sejumlah wang yang besar kepada seseorang yang anda tidak kenali. Cuba berjumpa di kedai atau di tempat awam.
- Membeli barangan berjenama. Adalah dinasihatkan agar anda berjumpa dengan pembeli di kedai-kedai tertentu dan memeriksa ketulenan barangan tersebut.