Hi Majikan,
Tak tahu bagaimana cara-cara untuk melihat borang permohonan dari calon yang berminat? Jangan risau, di bawah ini kami nyatakan cara-cara untuk melihat borang permohonan daripada calon.
Langkah 1 : Log masuk ke emel akaun yang dinyatakan di ruangan iklan anda “Email address to receive resumes ( Optional ) “
Pro tip : Kami mencadangkan anda untuk menggunakan emel yang sama seperti yang digunakan di akaun PRO Niaga bagi mengelakkan kejadian dimana sesetengah emel tidak diterima.
Langkah 2 : Sekiranya terdapat borang permohonan dari calon yang memohon melalui butang “Apply now” di iklan anda, anda akan menerima emel dari Mudah.my. Sila semak emel anda untuk melihat dan memantau jumlah borang permohonan dari calon.
Langkah 3 : Semak borang permohonan calon dan anda boleh mulakan sesi interview sekiranya calon menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Terdapat pelbagai saluran komunikasi di mana anda boleh menerima permohonan dari calon yang berminat :
- Emel : Calon boleh menghantar maklumat asas kepada anda melalui emel yang didaftarkan
- Panggilan / SMS : Calon boleh menghubungi anda melalui kiriman SMS / Whatsapp / Panggilan melalui nombor yang dinyatakan di dalam iklan
- Walk in : Calon boleh memilih untuk walk in ke sesi temu duga melalui alamat syarikat yang dinyatakan di dalam iklan
Sebarang pertanyaan boleh hantarkan emel kepada kami di mudahjobs@mudah.my