Artikel ini juga boleh didapati dalam:
Kepada pengguna Mudah.my yang dihormati, kami dengan sukacitanya mengumumkan kemas kini yang terbaharu untuk fungsi WhatsApp dan Chat dalam tetapan contact kami, khas untuk pengguna PRO Niaga!
Kami telah mendengar maklum balas anda, dan kemas kini terbaru ini menandakan kemajuan yang ketara dalam komunikasi dan perkhidmatan kami. Kemas kini ini akan menambah baik urusan pembelian dan penjualan di Mudah.my dengan menjadikan proses untuk pembeli menghubungi penjual lebih mudah, melalui platform yang boleh dipercayai.
Kemas kini tetapan baharu PRO Niaga untuk WhatsApp dan Chat ialah:
- Mesra pengguna - Tetapkanlebih dari satu nombor telefon WhatSaap!
- Senang diaktifkan - Tetapkan di halaman profil PRO Niaga anda.
Cara Kemas Kini Tetapan Contact PRO Niaga Anda
Step 1: Log masuk ke akaun PRO Niaga anda di desktop atau mobile web.
Step 2: Klik "My Profile".
Step 3: Di "Ad Contact Settings", pilih “Enable Chat” dan “Enable WhatsApp”. Di bahagian WhatsApp, senaraikan semua nombor telefon yang anda ingin paparkan pada iklan anda. Klik “Update All” untuk mengesahkan tetapan tersebut.
Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di proniaga@mudah.my atau hubungi kami di +603-27123225 (Isnin - Jumaat, 9AM - 6PM).
___________________________________________________________________________________________________
Soalan-Soalan Lazim:
1. Bagaimanakah fungsi-fungsi ini memanfaatkan penjual?
WhatsApp dan Chat merupakan saluran komunikasi yang lebih digemari oleh pengguna Mudah.my. Oleh itu, butang satu klik pada halaman iklan untuk berkomunikasi akan menggalakkan peningkatan jumlah serta kualiti pembeli berpotensi.
2. Bagaimana cara untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi ini?
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi ini, klik "My Profile" dan di “Ad Contact Settings”, pilih antara “Enabled / Disabled”. Klik "Update All" untuk mengesahkan tetapan tersebut.
3. Bagaimanakah saya menambah atau menukar nombor telefon WhatsApp?
Untuk menambah atau menukar nombor telefon, log masuk ke akaun PRO Niaga anda melalui desktop atau mobile web. Setelah anda log masuk, klik "My Profile", kemudian ke bahagian “Ad Contact Settings” untuk membuat perubahan yang diperlukan. Klik butang "Update All" untuk mengesahkan tetapan tersebut.
4. Jika saya menukar nombor telefon saya, adakah ia akan dipaparkan dalam semua iklan saya?
Tidak, sebarang perubahan nombor telefon hanya akan dipaparkan pada iklan baharu atau iklan sedia ada yang belum mengaktifkan tetapan ni. Iklan sedia ada yang telah mengaktifkan tetapan ini tidak akan memaparkan nombor telefon baharu, melainkan iklan tersebut di-“Edit”/”Prolong”.
5. Apakah bilangan maksimum nombor telefon yang boleh saya senaraikan?
Anda boleh senaraikan maksimum 5 nombor telefon. Semua nombor telefon yang disenaraikan akan dipaparkan dan boleh dipilih oleh pembeli untuk menghubungi anda.
6. Adakah semua nombor telefon yang disenaraikan di "Ad Contact Settings" akan dipaparkan pada halaman iklan?
Ya, semua nombor telefon akan dipaparkan untuk memudahkan pembeli yang berminat menghubungi anda.