Artikel ini juga boleh didapati dalam:
Premium Services apa yang akan dipengaruhi oleh Harga Dinamik?
Harga Dinamik akan dilaksanakan hanya untuk fungsi Featured+ kami: Featured+ (7 Days) dan Featured+ (30 Days).
Featured+ menyerlahkan iklan anda dengan meletakkannya di kedudukan yang utama di platform kami, sambil memastikan ROI pengiklanan yang lebih baik untuk hartanah anda. Selain itu, dengan halaman hasil carian kami yang telah dinaik taraf, iklan Featured+ anda berpeluang mendapat 7x* ganda paparan secara purata.
*Sumber: Google Analytics, Mudah.my.
Apakah Harga Dinamik dan bagaimanakah ia berfungsi?
Sistem Harga Dinamik akan menyelaraskan jumlah kredit (harga) secara automatik untuk Premium Services dengan menganalisis permintaan pasaran dan bekalan iklan hartanah.
Semasa permintaan pasaran rendah, kredit yang diperlukan juga akan berkurangan, supaya anda boleh memasarkan hartanah anda dengan lebih efektif. Semasa tempoh permintaan pasaran tinggi, keperluan kredit mungkin akan meningkat, tetapi ia masih boleh membantu anda dengan memastikan iklan anda lebih menyerlah kepada pembeli serius dan mengurangkan persaingan daripada iklan lain.
Bagaimanakah Harga Dinamik akan memanfaatkan pengiklanan hartanah saya?
Harga Dinamik menawarkan beberapa faedah. Semasa tempoh permintaan tinggi, walaupun kos mungkin meningkat, iklan anda akan mendapat perhatian yang lebih baik dalam kalangan pembeli berkualiti serta mengurangkan persaingan daripada iklan-iklan lain yang serupa. Semasa tempoh permintaan rendah, anda boleh memanfaatkan baki kredit berdasarkan pengurangan untuk mengekalkan keterserlahan iklan-iklan anda pada kos yang efektif. Ini dapat membantu memastikan anda sentiasa menerima pulangan pelaburan yang optimum, tanpa mengira keadaan pasaran.
Berapa kerap kadar Harga Dinamik akan berubah?
Kadar Harga Dinamik akan berubah berdasarkan faktor seperti permintaan, keadaan pasaran, dan persaingan pengiklanan. Perubahan ini boleh berlaku setiap hari atau secara mingguan, tetapi anda akan sentiasa dapat melihat kadar kredit terkini pada dashboard PRO Niaga anda sebelum membuat sebarang pembelian.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kadar Premium Services Featured+ yang lebih baik?
Untuk menikmati kadar Featured+ yang lebih baik, akaun Basic dan Pro boleh memilih bundle insert ad dengan Featured+ (7 Days). Harga ini akan dikekalkan buat masa sekarang. Untuk Featured+ (30 Days), diskaun akan diberikan secara automatik berdasarkan harga Featured+ (7 Days). Dengan itu, anda boleh menikmati servis tersebut dengan harga yang lebih rendah tanpa kerumitan.
Akaun Elite akan menerima satu iklan Featured+ secara percuma apabila iklan diluluskan, adakah harga pengiklanan akan berubah?
Tidak. Akaun Elite tidak akan mengalami sebarang perubahan kepada caj pengiklanan. Anda boleh kekalkan akaun semasa anda atau naik taraf akaun anda untuk nikmati kadar yang lebih baik.