FAQ ini tersedia dalam:
Apakah e-Invois, dan bagaimanakah ia berbeza daripada invois tradisional?
e-Invois adalah invois digital yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sebelum dikongsikan dengan pelanggan. Ia menggantikan invois kertas dan elektronik, dan mengandungi Nombor Pengenalan Unik yang dijana oleh LHDN, serta kod QR yang membolehkan pembeli menyemak kesahihan e-Invois tersebut.
Bilakah e-Invois akan dilaksanakan untuk pelanggan Mudah.my?
Mudah.my akan melaksanakan e-Invois bermula 1 Januari 2025 untuk pelanggan yang melakukan transaksi di platform kami.
Apakah tarikh akhir untuk memohon e-Invois?
Tarikh akhir untuk permintaan e-Invois adalah pada hari terakhir bulan transaksi anda. Jika e-invois tidak dimohon pada hujung bulan tersebut, Mudah.my berhak menolak permintaan tersebut
Mengapa Mudah.my beralih kepada e-Invois?
e-Invois merupakan penyelarasan proses pengeluaran invois yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan perniagaan serta pembayaran cukai. Mudah.my dikehendaki melaksanakan e-Invois mulai 1 Januari 2025 sebagai sebahagian daripada pelaksanaan nasional secara berperingkat.
Bagaimanakah ini akan mempengaruhi proses pengeluaran invois saya pada masa sekarang?
Tiada banyak perbezaan terhadap proses semasa.
Bagaimanakah cara memohon e-Invois untuk transaksi saya, dan maklumat apa yang perlu saya berikan?
Untuk pengguna PRO Niaga:
Anda boleh memohon untuk e-Invois di dashboard PRO Niaga > Credits > Invoices > Request e-Invoice. Dalam 1 hari, anda akan menerima emel dengan fail PDF (e-Invoice) yang boleh dimuat turun. Anda dikehendaki kongsikan maklumat seperti: nama penuh anda seperti di dalam dokumen berdaftar, nombor IC/Nombor Pendaftaran Perniagaan, Nombor Pengenalan Cukai (TIN), nombor SST (jika ada), alamat, dan nombor telefon.
Untuk memudahkan proses ini pada masa hadapan, pergi ke Credits > E-Invoice dan pilih “Automate your e-Invoice” supaya anda tidak perlu berulang mengisi maklumat anda.
Untuk pengguna Private:
Anda boleh memohon untuk e-Invois melalui link akses dalam resit pembelian Premium Services yang dihantar ke e-mel anda. Dalam 1 hari, anda akan menerima emel dengan fail PDF (e-Invoice) yang boleh dimuat turun.
Anda dikehendaki kongsikan maklumat seperti: nama penuh anda seperti di dalam dokumen berdaftar, nombor IC/Nombor Pendaftaran Perniagaan, Nombor Pengenalan Cukai (TIN), nombor SST (jika ada), alamat, dan nombor telefon.
Apa yang perlu saya lakukan jika e-Invois saya tidak betul?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan
Bagaimanakah akan saya tahu jika e-Invois saya sah?
Setiap e-Invois akan disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan akan mengandungi Nombor Pengenalan Unik serta kod QR yang boleh digunakan untuk mengesahkan kesahihannya.
Perlukah saya mengambil sebarang tindakan untuk pelaksanaan ini?
Untuk pengguna PRO Niaga:
Anda dikehendaki mengemaskini butiran yang diperlukan dalam akaun PRO Niaga anda. Sila berikan alamat emel anda yang sah untuk menerima e-Invois yang telah disahkan.
Untuk pengguna Private:
Tiada tindakan diperlukan untuk bersedia bagi peralihan ini. Apabila anda membuat transaksi dengan Mudah.my, anda boleh memohon untuk e-Invois melalui link akses dalam resit pembelian “Premium Services” yang dihantar ke e-mel anda.
Apa yang akan terjadi sekiranya saya tidak menerima e-Invois saya selepas permohonan?
Untuk pengguna PRO Niaga:
Sekiranya anda tidak menerima e-Invois, sila login ke dashboard PRO Niaga > Credits > Invoices untuk dapatkannya. Semasa fasa pelaksanaan, kelewatan atau isu penjanaan e-Invois yang telah disahkan berkemungkinan berlaku. Kami menghargai kesabaran dan pemahaman anda.
Untuk pengguna Private:
Sekiranya anda tidak menerima e-Invois, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami. Semasa fasa pelaksanaan, kelewatan atau isu penjanaan e-Invois yang telah disahkan berkemungkinan berlaku. Kami menghargai kesabaran dan pemahaman anda."
Jika saya tidak menerima e-Invois, bolehkah saya mengeluarkan e-Invois yang ditulis sendiri kepada saya?
Tidak, pengeluaran e-Invois yang ditulis sendiri hanya dibenarkan berdasarkan keadaan yang dinyatakan di Seksyen 8.3 Garis Panduan e-Invois.
Adakah e-Invois akan menjejaskan pembayaran saya?
Tidak, kaedah dan proses pembayaran anda tidak akan diubahkan atau dijejaskan.
Bolehkah saya masih memohon untuk salinan fizikal invois saya?
Apabila anda memohon untuk e-Invois dan bila ia telah disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), anda boleh memuat turun ia melalui fail PDF yang dilampirkan di emel tersebut dan mencetaknya.
Adakah e-Invois mempunyai sebarang caj tambahan?
Tidak, e-Invois tidak mempunyai sebarang caj tambahan.
Apa yang boleh saya lakukan jika saya memerlukan bantuan untuk memahami e-Invois saya?
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Invois, anda boleh merujuk kepada halaman rasmi e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Adakah data invois saya selamat?
Ya, data invois anda akan disimpan dan dihantar dengan selamat. Mudah.my mengutamakan privasi dan keselamatan data, dan kami mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan untuk melindungi maklumat anda.
Bolehkah e-Invois dihantar ke beberapa emel yang lain?
Tidak, e-Invois hanya akan dihantar kepada emel yang anda telah tetapkan.
Adakah terdapat sebarang industri yang dikecualikan daripada e-Invois?
Pada masa ini, tiada industri yang dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois. Walau bagaimanapun, sesetengah individu dan jenis pendapatan serta perbelanjaan adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Seksyen 1.6 Garis Panduan e-Invois untuk maklumat lanjut.
Untuk soalan e-Invois berkaitan transaksi SafeDeal, sila lawati halaman SafeDeal Untuk Pembeli