Artikel juga boleh didapati dalam:
Kepada Rakan Kongsi Kami Yang Dihargai,
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama berterusan anda. Kerjasama anda amat penting dalam misi kami untuk menghubungkan pembeli dan penyewa dengan hartanah berharga di seluruh Malaysia.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa kemaskini penting dengan anda.
Menaik Taraf Platform Kami Untuk Anda
Kami telah melabur dalam teknologi serta ciri-ciri terbaharu untuk mempertingkatkan pengalaman anda. Kenaikan taraf ini meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan platform kami, serta memperkenalkan ciri baharu untuk membantu anda menjual atau menyewakan hartanah anda dengan lebih berkesan.
Untuk menyokong pelaburan berterusan, kami akan menstruktur semula harga Premium Services kami. Perubahan ini akan membantu kami terus menaik taraf platform dan memastikan kami dapat memberikan anda perkhidmatan yang lebih efisien pada masa hadapan.
Beberapa penambahbaikan yang telah kami laksanakan ialah:
✔ User Interface Yang Lebih Baik: Iklan anda kini lebih menyerlah, mempamerkan hartanah anda dengan lebih baik.
✔ Ciri-Ciri Baharu Untuk Penjual: Ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan pengalaman penjualan anda.
✔ Fungsi Carian Dipertingkatkan: Usaha berterusan untuk meningkatkan kebolehcarian hartanah anda untuk pembeli dan penyewa.
… dan banyak lagi di masa hadapan!
Harga Terbaharu Untuk Premium Services (Tiada Perubahan Kepada Harga Pengiklanan)
Untuk terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda, kami akan mengemas kini harga Premium Services kami, berkuat kuasa 6 Mei 2025.
Nota: Harga pengiklanan anda tidak akan berubah.
Untuk menyokong anda dengan peralihan ini, dapatkan bundle dengan kadar semasa di halaman Deals kami sekarang dan anda boleh gunakannya mengikut kemahuan anda.
Terima kasih kerana memahami dan kami amat menghargai sokongan anda sepanjang proses perubahan ini.
Untuk sebarang keraguan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di +603-27123225 atau prophelpdesk@mudah.my- kami sedia membantu!
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda.
Soalan Lazim
Apakah yang akan berubah berikutan harga Premium Services Mudah Property?
Kami sedang mengemas kini harga semua Premium Services kami untuk menambahbaik nilainya dalam meningkatkan pengalaman pengiklanan anda. Selain itu, kami akan melaksanakan Harga Dinamik hanya untuk fungsi Featured+ kami, Featured+ (7 Days) dan Featured+ (30 Days), yang akan diselaraskan berdasarkan permintaan pasaran dan bekalan iklan hartanah. Ini memastikan anda mendapat nilai maksimum daripada tempat premium iklan anda berdasarkan keadaan pasaran semasa, dan mencerminkan nilai keberkesanan Premium Services anda.
Akaun Elite akan menerima satu iklan Featured+ secara percuma apabila iklan diluluskan, adakah harga pengiklanan akan berubah?
Tidak. Akaun Elite tidak akan mengalami sebarang perubahan kepada caj pengiklanan. Anda boleh kekalkan akaun semasa anda atau naik taraf akaun anda untuk nikmati kadar yang lebih baik.